TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
By NanaHasni
Photographs by DiniSafiyya
25 April 2021 – Syarikat Wiricon Engineering prihatin dengan keadaan golongan yang tidak berkemampuan dan tidak berupaya untuk mencari sumber pendapatan secukupnya, tambahan pula dengan situasi COVID-19 yang banyak memberi cabaran dalam meneruskan kelangsungan hidup seharian.
Melihatkan pula pada bulan Ramadan ini dimana seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa, sudah tentu golongan yang tidak berkemampuan ini akan terkesan dan mempunyai kesukaran untuk mencari rezeki berbuka puasa dan bersahur.
Sehubungan dengan itu, Wiricon Engineering iaitu sebuah perusahaan
kontruksi perumahan dan reka dalaman, telah melaksanakan satu inisiatif untuk membantu golongan ini. Agihan dilakukan di sekitar Alor Setar, Tebengau, Anak Bukit, Kuala Kedah dan Tandop.
​
Dengan menggunakan platform Facebook Live, Wiricon Engineering telah mendapatkan beberapa maklumat keluarga yang tidak berkemampuan melalui perkongsian penonton dalam Facebook Live di laman Facebook rasmi Wiricon Engineering. Agihan dilakukan bermula seawal 11 tengahari sehingga 10 malam iaitu selepas berbuka puasa. Sebanyak 45 bungkus yang berisi beras, minyak, gula, kicap dan sebagainya telah berjaya diagihkan pada hari tersebut.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langung mahupun tidak langsung diatas pertolongan sepanjang proses agihan dilaksanakan.